RINI

Monday, 16 March 2015

5 PETUA MEMBANTU BAYI TIDUR LENA

Saintifik telah membuktikan bahawa tidur malam yang lena adalah sangat penting untuk perkembangan mental yang optimal dan pertumbuhan fizikal. Tanpa tidur yang mencukupi, terdapat kemungkinan besar yang si manja mengalami beberapa masalah pertumbuhan seperti kurang konsentrasi, kurang selera dan skil motor yang tidak berkembang. Tidur juga waktu di mana sambungan otak diperkuatkan untuk perkembangan seterusnya. Oleh itu, adalah penting untuk si manja anda mendapat tidur yang tidak terganggu setiap malam.

Memulakan rutin waktu tidur yang sama
Pada usia kira-kira 6 minggu, mula tetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Lakukan segala yang menyenangkan seperti mandian suam - makanan - pertukaran lampin - pijama - dodoi atau penceritaan sebelum waktu tidur. Anda boleh menyanyikan lagu yang sama pada setiap malam kerana anak anda sukakan benda yang sama. Bayi anda akan mengenalnya sebagai lagu terakhir pada waktu malam.

Ajar si manja anda untuk mengenalpasti waktu siang dan malam
Pada waktu malam, tutup langsir, gunakan lampu yang malap, elakkan bunyi bising dan pastikan tiada gangguan di dalam bilik untuk menarik perhatian bayi. Elakkan terlalu banyak perhubungan mata. Ini akan membantu bayi tidur dengan lebih mudah.


Pasang lampu malam pada waktu malam

Ia mencipta suasana yang lembut dan selesa yang mententeramkan bayi. Lampu putih boleh menjadi sangat terang pada mata bayi dan menyebabkan mereka terjaga.

Letakkan mainan lembut di sebelah bayi anda
Bayi anda akan belajar untuk mencari keselesaan selain daripada tubuh anda atau denyut jantung anda.



Letakkan kereta sorong bayi berhampiran dengan bayi

Bayi tidur lebih baik di dalam suasana yang terbiasa dengannya.



Sumber Daripada : Drypers Baby Club

KEYCHAIN MCH


Alhamdulillah .. Niat da tertunaikan .. Akhirnya keychain kenangan untuk Group Mummy Club House (MCH)  da siap .. Hehehehh tapi hanya limited utk 20 orang je ..

Sebenarnya buat cenderahati ni sebab saya rasa sangat2 berterima kasih ramai yg menyokong Group MCH .. Sentiasa membantu antara satu sama lain dalam berkongsi masalah mahupun menyelesaikan masalah .. Lagi2 banyak tips2 yg saya dapat dri kakak2 yg berpengalaman mengenai kesihatan wanita dan anak2 ..

Ni la sebagai tanda penghargaan sy untuk kakak2 semua yg banyak membantu .. Terima kasih di atas sokongan dan masa yg di luangkan bersama ahli Group MCH .. walaupon tak pernah bersua muka .. tapi keakrapan kami macam adik beradik ..

Sayang semua !!

Ade yang berminat nak join kami ?
Boleh whatsapp saya ye 017-738 1831


Friday, 6 March 2015

RUMAH MESRA ANAK


Anak anda akan membesar dengan cepat sehinggakan kadang-kadang agar sukar untuk menghadapi keletah terbaharunya. Satu hari mungkin dia tidak melakukan apa-apa, keesokan harinya mungkin dia merangkak di serata ruang tamu, dan bila saja anda baharu maklum dengan keletah terbaharunya, si manja mungkin berdiri mengimbangi badan di atas sebelah kakinya dengan penuh bangga. Perubahan berlaku terlalu cepat dan anda perlu menjadikan kediaman anda selamat dengan menjadikannya rumah mesra anak. Seeloknya ini dilakukan sebelum si manja belum merangkak, yang lazimnya terjadi dalam masa 8 bulan, atau kadang-kadang lebih awal.

Adalah mustahil untuk mewujudkan rumah mesra anak sepenuhnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadikannya lebih selamat:

> Tempat paling selamat untuk menukar lampin si manja yang sentiasa mahu bergolek dan bergerak adalah di atas lantai.
Jangan tinggalkan bayi tanpa pengawasan. Letak sebelah tangan di atas perut si manja jika anda perlu berpusing atau mengambil sesuatu. Kalau tidak, si manja anda mungkin bergolek dan jatuh dari meja.
> Gunakan air suam dan bukan air panas untuk mandian si manja. 
Uji suhu air dengan siku atau gunakan termometer dan pastikan suhunya antara 35 – 37 darjah C. Jangan tinggalkan si manja sendirian di tab mandi.
> Gunakan kerusi tinggi, stabil dan lebar. 
Jauhkan kerusi tinggi dari tempat di mana si manja boleh mencapai barang berbahaya.
> Pastikan tali langsir atau jidai diikat tinggi dan jauh daripada capaian si manja anda.
> Pastikan pemetik api dan mancis berada di tempat yang selamat.> Pasang bar keselamatan di bahagian atas dan bawah tangga sebagai penghadang.
> Kunci semua ubat dan jauhkannya daripada si manja anda.Jangan tinggalkannya di meja sebelah katil anda.
> Simpan semua pisau dan gunting serta produk cucian jauh daripada si manja anda atau simpannya di dalam laci yang berkunci.
> Gunakan api di belakang jika anda memasak dan pusing pemegang periuk dan kuali ke arah dinding.
> Letakkan cawan kopi atau teh di tempat yang tinggi,walaupun anda tidak minum minuman yang panas ketika anda sedang mendukung si manja.
> Pasang skru dan lekatkan almari buku dan meja solek ke dinding agar ianya tidak terjatuh ke atas si manja anda.
> Pastikan penutup tandas ditutup dan pintu bilik air ditutup.
> Periksa jika tumbuhan di taman anda mengandungi racun.
> Buat senarai nombor yang hendak dihubungi sekiranya berlaku kecemasan dan lekatkannya di dinding berhampiran dengan telefon serta simpannya juga di telefon mudah alih anda.
> Adalah idea yang baik untuk mengambil kursus pertolongan cemas di mana anda boleh belajar teknik asas yang boleh digunakan ketika kecemasan.

Kemalangan biasa
Jatuh adalah kemalangan biasa yang menyebabkan kecederaan serius pada bayi, diikuti oleh keracunan, luka dan terbakar. Lemas (terutama di dalam tab mandi) dan kemalangan kereta di laluan masuk rumah adalah antara bahaya lain.


PERCUTIAN KE BATAM

Minggu lepas pegi hari ni baru sempat nak update sbb tlampau sebok sgt dkt ofis .. Ni 1 lagi percutian 2 hari 1 malam ke Batam yang tak di rancang .. ahahhahahah .. Balik2 je dari kerja tengok jam tergerak hati pulak rasa macam nak ke Batam .. Ape lagi .. cepat2 packing baju & barang2 Adam .. Nak cepat punya pasal sampai Batam aku ambik keputusan untuk lalu Terminal Ferry Pasir Gudang yg hanya mengambil masa 1 Jam 30 minit berbanding Terminal Ferry Stulang Laut yg mngambil masa selama 2 Jam .. 


Alhamdulillah nasib baik sempat sampai sebelum pukul 3 ptg .. So ambik beli tiket utk ferry pukul3 .. Harga tiket untuk dewasa RM75 & kanak-kanak RM45 .. Tapi Adam hanya bayar RM20 utk cukai pelabuhan (Kad Boarding Pass) .. 4thn ke bwh hanya bayar cukai je .. Okey la murah la jugak .. 

Ferry dah bergerakkk .. baru 5 minit Adam merenung ke luar jendela merenung keindahan alam .. apa lagiii tido lah dia .. mimpi indah .. Dri mula perjalanan sampai lah tiba dkt Batam baru Adam bangun .. Alahai anak sorg tu kene aircond sejuk .. mmg sedap la die tido ..


Sampaije Batam dari jauh da nampak "WELCOME TO BATAM" hahahah teringat pulak dkt kg halaman hincik suami .. "MERSING" ..Happy nye hati bila dah sampai tak sabar nak jalan2 & shopping ..


Lokasi pertama yg sy tuju "JAMBATAN BALERANG" org kata ni la mercu tanda Batam .. pelancong2 akan ke sini .. Jambatan ni ade 6 yg mnghubungkn Batam dgn pulau2 yg lain hingga ke kepulauan Riau katanya .. Abaikan muka dkt atas tu ..angin tlampau kuat .. pegang tab pun nak terbang .. tserlah kserabaian rambut tu .. sbb x bawa scaft .. mmg cantik keindahan dkt jambatan ni .. kiri kanan laut nye dgn pulau2 kecik .. cantik x terkata .. nak ambik gambar kenangan jgn risau .. ramai photographer dkt situ yg ambikkan gambar .. 1 gambar hanya Rp20,000.00 je .. dlm RM6 je duit kita .. 


Panbil Mall adalah lokasi ke 2 utk cuci mata .. Huarghhhh putih biji mata ni pilih baju .. semuanya cantik2 .. hahahahahh bshopping sakan la kami ..


Batandur Restoran ni ada dalam kawasan Panbill Mall .. Restoran ala2 3 Bintang mcm tu la .. Makanan pun sedap la dgn harga yg berpatutan .. Penuh 1 meja nak mencuba makanan Indonesia .. Yg paling best Soto Madura & Ayam Penyet Bakar ..


Keesokkan harinya lokasi terakhir sebelum kami balik ke JB singgah sekejap ke Mega Mall Batam Centre .. ada jejantas yg mghubungkan terminal ferry dgn Mega mall ni .. dekat sgt .. aktiviti shopping yg terakhir sebelum balik ..

Ni jela yg sy dapat share aktiviti dkt Batam selebihnye xdapat nak di kongsi .. heheheheh sbb fon sume battery low !!

Insyaallah .. Bln 6 ke Batam lagi .. BATAM TUNGGU KU DATANG (:


Thursday, 5 March 2015

KERTAS KERJA FAMILY DAY 2015

KERTAS KERJA HARI KELUARGA
MUMMY CLUB HOUSE
KALI PERTAMA / 2015

PENGENALAN / TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini di buat adalah untuk memberitahu kepada rakan-rakan sekalian bahawa buat pertama kali, Kelab Ibu-Ibu (MCH) yang aktif di group komunikasi ‘WhatsApp’ akan mengadakan aktiviti luar group iaitu Mini Hari keluarga di Bandar Melaka selama 2 hari 1 malam. Bagi rakan-rakan yang berminat & berkesempatan untuk mengikuti aktiviti tersebut, sila baca butiran-butiran seterusnya.

OBJEKTIF
  • Merapatkan hubungan dalam kalangan semua ahli group sama ada yang aktif ataupun tidak.
  • Menggalakkan setiap ahli saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat dan dapat berkomunikasi dengan lebih mesra.
  • Memberi ruang kepada rakan-rakan ‘menenangkan fikiran’ setelah penat bekerja di samping dapat berkomunikasi dan berkomuniti bersama rakan-rakan baharu sebagai satu KELUARGA biarpun berlainan latar belakang keluarga.
  • Menambahkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas dalam aspek teknikal mahupun penganjuran aktiviti luar group.
  • Menjana idea mengenai aktiviti yang boleh di laksanakan bersama keluarga dan rakan-rakan.
  • Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan anggota pasukan seperti bekerjasama, tolong-menolong dalam mencapai objektif.
TEMA
  • Cadangan tema Mini Hari Keluarga ialah “SANTAI BERSAMA-SAMA”
  • Cadangan tema baju ialah warna “BIRU”
PERINCIAN PROGRAM
  • Tarikh  : 10 & 11 April 2015
  • Tempat  : Bandar Hilir, Melaka
  • Anggaran Peserta : 30 Orang
JAWATAN KUASA HARI KELUARGA


TENTATIF PROGRAM & PENUTUP


Contoh kertas kerja utk hari keluarga .. belajar sesuatu yg baru cuba utk buat sesuatu aktiviti ..

Terima kasih kepada ahli "MUMMY CLUB HOUSE" yang banyak membantu dalam pengurusan .. semua ahli sekarang da jadi adik beradik (:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik