RINI

Sunday, 22 February 2015

BATU LAYAR

Percutian Tahun Baru Cina ? sebenarnya tak ada perancangan & tak tahu ke mana nak bercuti sebab cuti tahun ni tak lama sebab saya kena stand by kalau ada panggilan dari site kene lah pegi site ..Di sebabkan tak ada aktiviti hari ni Hincik Suami ambil keputusan nak berkelah ke Pantai Batu Layar .. Ya percutian yang tak di rancang .. Waktu cuti ni lah nak luangkan masa bersama keluarga tercinta ..


Kami memulakan perjalan pada Pukul 10 pagi .. Melalui Highway Senai - Desaru .. Dekat sangat2 .. Teruja sangat .. Dah lama tak lalu jambatan ni .. Terasa macam dekat Pulau Pinang pulak .. Hahahahaha sekarang tak payah jauh-jauh .. Perjalanan ke Batu Layar mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam .. My Hero apa lagi tidur lah dia sepanjang perjalanan ..


Sampai je dekat Pantai terasa lewat sangat kami gerak dari rumah sebab ramai dah orang yang berkelah dekat pantai .. Tempat redup punnn dah tak de .. Pusing .. pusing .. Akhirnya dapat jugak tempat yang sesuai nak berkelah .. Apa lagi ... semangat Hincik suami.. Dah lama tak berkelah katanya ..


Ni lah gaya My Hero yang suka sangat tengok keindahan pantai .. Bukan tu je, suka sangat nak main air .. Ape lagi Tok Ayah la yang jadi mangsa kena bawak Adam main air .. Papanya pulak sedap makan .. Hee bangun pagi sempat jugak masak untuk bekalan .. 

Seronoknya rasa .. rasanya dah 3 tahun tak berkelah macam ni dengan mama & ayah .. Sekarang berkelah berlima .. Gembira tengok Adam .. Ni la kali pertama bawa dia ke pantai ..

Insyallah .. Bila ada masa terluang boleh la bercuti lagi ..

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik