RINI

Friday 6 March 2015

RUMAH MESRA ANAK


Anak anda akan membesar dengan cepat sehinggakan kadang-kadang agar sukar untuk menghadapi keletah terbaharunya. Satu hari mungkin dia tidak melakukan apa-apa, keesokan harinya mungkin dia merangkak di serata ruang tamu, dan bila saja anda baharu maklum dengan keletah terbaharunya, si manja mungkin berdiri mengimbangi badan di atas sebelah kakinya dengan penuh bangga. Perubahan berlaku terlalu cepat dan anda perlu menjadikan kediaman anda selamat dengan menjadikannya rumah mesra anak. Seeloknya ini dilakukan sebelum si manja belum merangkak, yang lazimnya terjadi dalam masa 8 bulan, atau kadang-kadang lebih awal.

Adalah mustahil untuk mewujudkan rumah mesra anak sepenuhnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadikannya lebih selamat:

> Tempat paling selamat untuk menukar lampin si manja yang sentiasa mahu bergolek dan bergerak adalah di atas lantai.
Jangan tinggalkan bayi tanpa pengawasan. Letak sebelah tangan di atas perut si manja jika anda perlu berpusing atau mengambil sesuatu. Kalau tidak, si manja anda mungkin bergolek dan jatuh dari meja.
> Gunakan air suam dan bukan air panas untuk mandian si manja. 
Uji suhu air dengan siku atau gunakan termometer dan pastikan suhunya antara 35 – 37 darjah C. Jangan tinggalkan si manja sendirian di tab mandi.
> Gunakan kerusi tinggi, stabil dan lebar. 
Jauhkan kerusi tinggi dari tempat di mana si manja boleh mencapai barang berbahaya.
> Pastikan tali langsir atau jidai diikat tinggi dan jauh daripada capaian si manja anda.
> Pastikan pemetik api dan mancis berada di tempat yang selamat.> Pasang bar keselamatan di bahagian atas dan bawah tangga sebagai penghadang.
> Kunci semua ubat dan jauhkannya daripada si manja anda.Jangan tinggalkannya di meja sebelah katil anda.
> Simpan semua pisau dan gunting serta produk cucian jauh daripada si manja anda atau simpannya di dalam laci yang berkunci.
> Gunakan api di belakang jika anda memasak dan pusing pemegang periuk dan kuali ke arah dinding.
> Letakkan cawan kopi atau teh di tempat yang tinggi,walaupun anda tidak minum minuman yang panas ketika anda sedang mendukung si manja.
> Pasang skru dan lekatkan almari buku dan meja solek ke dinding agar ianya tidak terjatuh ke atas si manja anda.
> Pastikan penutup tandas ditutup dan pintu bilik air ditutup.
> Periksa jika tumbuhan di taman anda mengandungi racun.
> Buat senarai nombor yang hendak dihubungi sekiranya berlaku kecemasan dan lekatkannya di dinding berhampiran dengan telefon serta simpannya juga di telefon mudah alih anda.
> Adalah idea yang baik untuk mengambil kursus pertolongan cemas di mana anda boleh belajar teknik asas yang boleh digunakan ketika kecemasan.

Kemalangan biasa
Jatuh adalah kemalangan biasa yang menyebabkan kecederaan serius pada bayi, diikuti oleh keracunan, luka dan terbakar. Lemas (terutama di dalam tab mandi) dan kemalangan kereta di laluan masuk rumah adalah antara bahaya lain.


No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik